Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina
Melihat
pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini
mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan
terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….
Pengalaman
saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar
beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang
dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan
tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia
didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur
terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira
hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya
saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita
yang makin menjadi-jadi.
Mereka
ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan
antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada
pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves,
Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur
lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.
“Apa
yang boleh saya bantu encik?”
Tanya
Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan
masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar
segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi
oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya
mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau
ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam
ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak
ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur,
tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
“Saya
sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada
ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar
masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan
“penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
“Awak
pernah pukul ular ke?”
Ustaz
Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala
sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu
dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi
lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka
juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar
agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya
tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau
tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku
tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,”
kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan
cerita yang sebenar kepadanya.
Namun
lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu
kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya
hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi
dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada
serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik
saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula
tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang
lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.
“Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak
itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang
saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz
Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada
mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan
keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan
segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka
bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang
sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat
perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah
mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang
tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut
lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung
minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu
ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih
tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang
suka mengendap.
“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah
terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang
saya ini sudah enam bulan.
Banyak
kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil
menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak
sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka
bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada
tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.
manusia pun tidak kelihatan.
Bukan
main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan,
meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau
diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi
segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan
tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya
nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia
dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu
demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu
rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki
mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
“Kami
tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu
menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia
berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita
lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua
merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka
meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya
menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam
diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada
masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh
kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,”
beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan
kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah.
Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular
besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya,
ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi
manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian
dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya
seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya
syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita
lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami
kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya
patah dua batang tulang rusuk.
Empat
bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang
untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang
mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan
ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat
“badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana
sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar
penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi.
Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar
bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz
Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu
adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut
bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada
awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan,
ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini,
maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan
zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil
berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz
Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum.
Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati
Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan
tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka
berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan
mereka.
0 Response to "Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina"
Posting Komentar